Zaman 2022 ni, penapis air sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Zaman dahulu, penapis air ini hanya dimiliki oleh orang kaya sahaja. Namun sekarang, dengan adanya pelbagai brand yang menjual penapis air. Maka penapis air ini telah mampu dimiliki oleh semua golongan.
Menurut Unit Kawalan Mutu Air Minum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sejak tahun 1986, air yang dibekalkan di Malaysia adalah 99.6% bebas bakteria dan selamat untuk diminum, tapi kena masak dulu.
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kualiti air di Malaysia semakin merosot akibat sistem rawatan air yang lama tidak lagi sesuai serta pencemaran sumber air dan sungai yang semakin tinggi.
Air yang anda dapat setiap hari mungkin mengandungi bahan cemar seperti pasir, karat, kotoran, rasa dan bau klorin, pepejal terlarut serta logam berat yang akan memberikan kesan buruk pada kesihatan kita. Bahan-bahan cemar ini tidak akan hilang hanya dengan masak air sahaja.
Jadi, ramailah yang beralih kepada penapis air di rumah dan pejabat untuk kesihatan tubuh badan. Namun, dengan pertumbuhan pelbagai jenama penapis air di pasaran sekarang. Agak sukar bagi kita untuk memilih penapis air yang terbaik untuk keluarga kita. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 5 TIPS PENTING MEMBELI PENAPIS AIR.
5 Tips Penting Membeli Penapis Air :
[PERTAMA] ~ Mampu Menapis Logam Berat
Logam berat ini perkara paling penting untuk kita tapis kerana logam berat ini tidak akan hilang hanya dengan masak air. Jadi, sebelum kita memilih untuk membeli penapis air, kita perlu pastikan penapis yang digunakan mampu untuk menapis logam berat ini.
[KEDUA] ~ Stainless Steel Tank
Tank jenis Stainless Steel perlu untuk jangka masa panjang. Tank jenis ini tidak akan karat dan tidak ada tindak balas kimis terhadap air. Tindak balas kimia ini bahaya kerana ia mempunyai radikal bebas dan boleh menyebabkan penyakit kanser. Stainless Steel yang terbaik adalah jenos 304 Food Grade. Boleh rujuk di sini untuk info lanjut tentang Stainless Steel
[KETIGA] ~ Menghasilkan Air Mineral
Badan kita memerlukan mineral untuk berfungsi dengan lebih baik. Sumber mineral ini boleh kita dapati daripada Makanan, Minuman dan Suppliment. Antara mineral baik yang terdapat dalam air mineral adalah Kalsium, Magnesium, Sodium dan Potassium. Setiap kandungan mineral ini adalah sangat diperlukan oleh badan kita. Sebagai contoh, Kalsium diperlukan untuk menguatkan tulang kita.
[KEEMPAT] ~ Service Tukar Filter
Penukaran filter secara berkala ini sangat penting untuk memastikan air yang kita minum sentiasa bersih. Selain itu, service juga penting untuk memastikan jangka hayat mesin kita lambat rosak.
[KELIMA] ~ Pemilihan Agent Yang Berpengetahuan dan Komited
Pemilihan agent ini sangat penting kerana Agent lah yang akan membantu anda sekiranya ada masalah di masa akan datang. Service after sales sangat perlu untuk kita yang beli produk penapis air ini secara ansuran ataupun sewaan. Kebiasaannya, kontrak adalah lama. Jadi dengan memilih agent yang komited dan Trusted, kita boleh bergantung dengan dia di kemudian hari.
KESIMPULANNYA
Marilah kita teliti 5 Tips Penting Membeli / Memilih Penapis Air ini dengan TELITI. Semoga dengan tips ini, dapat membantu anda buat pilihan yang tepat semasa dan sebelum anda membeli penapis air.
Di Sini, saya ada berita baik untuk anda. Anda boleh Click Disini untuk melihat terus penapis air yang terbaik di pasaran dan selari dengan semua tips di atas.
12 Responses